30 HARI KHATAM - BACAN TERJEMAHAN AL-QURAN UNTUK ORANG AWAM

FREE shipping within Singapore on every order above $60. Please contact us for International deliveries.
Login
Product

Islamic Books in MALAY

30 HARI KHATAM - BACAN TERJEMAHAN AL-QURAN UNTUK ORANG AWAM

  • $21.00

Description

SOFTCOVER

SIZE B5

Seumur hidup anda, anda pernah khatam baca terjemahan al-Quran?

Jika belum pernah, adakah anda ada niat untuk khatam baca terjemahan al-Quran?

Atau jika anda pernah khatam terjemahan satu masa dahulu, anda mahu mengulanginya semula? Sebelum itu...

MENGAPA PERLU KHATAM BACA TERJEMAHAN AL-QURAN? 

-Kerana ia LANGKAH PERTAMA untuk mengetahui intipati keseluruhan al-Quran.

-Kerana ia KUNCI untuk tadabbur al-Quran. Ia membawa kita memahami dan merenungi ayat-ayat Allah dengan lebih mendalam.

-Selepasnya kita tahu apakah TINDAKAN yang perlu diambil dalam beramal dengan ayat Allah.

-Akhirnya kita mampu berkongsi dengan MENYAMPAIKAN ayat al-Quran yang difahami dan diamalkan ini kepada orang lain.

Kami juga punya niat yang sama seperti anda.

Jadi, kami ingin bersama anda menikmati perjalanan indah ini dengan sebuah buku istimewa...

30 HARI KHATAM BACA TERJEMAHAN AL-QURAN 

BAGAIMANA BUKU INI BOLEH MEMBANTU?

Buku ini menyediakan senarai semak bacaan terjemahan mengikut plot kandungan al-Quran. Diberikan cadangan pembacaan terjemahan al-Quran mengikut waktu solat tanpa mengganggu tugasan harian.

Insya-Allah, diharapkan buku ini boleh membantu anda merasai pengembaraan bersama al-Quran dengan lebih indah.

1 HARI BACA 1 JUZUK TERJEMAHAN AL-QURAN

Buku ini disusun khas untuk mereka yang bercita-cita khatam baca terjemahan Al-Quran. Melalui buku ini:

-Membantu kita membangkitkan kesedaran terhadap arahan Allah SWT supaya mentadabbur Al Quran. Walaupun kita orang awam yang biasa-biasa sahaja.

-Membantu kita membangkitkan keyakinan bahawa kita mampu khatam baca terjemahan Al Quran.

-Membantu kita merancang Aktiviti Pembacaan Terjemahan Al Quran dalam masa 30 hari.

-Membantu kita merekod Aktiviti Pembacaan Terjemahan Al Quran secara tersusun dan sistematik.

-Membantu ibu bapa dan guru-guru memantau anak-anak dan pelajar-pelajar membaca terjemahan Al Quran.

Qty
Share

Write a review

Please login or register to review