Ibu..Ayah… Andaiku Menangis Air Mata Darah - Dr Kamilin Jamilin (ibu & ayah)

FREE shipping within Singapore on every order above $60. Please contact us for International deliveries.
Login
Product

Islamic Books in MALAY

(BESTSELLING) Ibu..Ayah… Andaiku Menangis Air Mata Darah - Dr Kamilin Jamilin (ibu & ayah)

  • $17.00

Description

Judul: Ibu… Ayah… Andaiku Menangis Air Mata Darah

Penulis: Dr. Kamilin Jamilin

Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd. (MALAYSIA)

Muka Surat: 186 PAGES

SOFTCOVER

Kalau kita rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan kita, segeralah bertanya khabar ibu atau ayah kita sekiranya mereka masih lagi hidup. Muhasabahlah diri seandainya ada salah dan silap yang dilakukan terhadap mereka. Boleh jadi mereka ada terasa hati dan boleh jadi ada dosa terhadap mereka yang kita tidak sedari. Penuhilah keinginan dan keperluan mereka, nescaya Allāh ﷻ akan penuhi keinginan dan keperluan kita. Gembirakanlah mereka, nescaya Allāh ﷻ akan gembirakan kita.

Ibu dan ayah; sebuah topik yang sangat berat untuk ditulis atau dibicarakan. Bukan kerana kandungannya yang berat untuk dihadam. Bukan juga kerana perbahasannya sangat teknikal dan rumit untuk difahami. Namun kerana besarnya hak yang dimiliki oleh insan yang bergelar ibu dan ayah serta beratnya amanah yang perlu dipikul oleh seseorang anak untuk melunaskan hak mereka.

Penulis juga sering menerima pelbagai luahan dan persoalan dari orang ramai berkaitan ibu bapa masing-masing:

“Mak saya sejak kecil sudah tinggalkan saya, sekarang tiba-tiba pula dia datang mencari saya, namun saya sudah tawar hati kepada ibu saya. Mungkin dendam juga ada. Kalau saya mengabaikannya seperti dia mengabaikan saya dulu, adakah saya dikira durhaka”?

Dan pelbagai lagi cerita dan persoalan yang diterima oleh penulis.Setiap permasalahan itu sangat subjektif dan perlu diambil kira pelbagai situasi serta perkara. Namun penulis mengharapkan setiap pembaca dapat mencari jawapan masing-masing setelah memahami topik ini dengan sebaiknya melalui buku ini.

Qty
Share

Write a review

Please login or register to review