Secubit Puasa Secukup Rasa; Tulisan Ustaz Mohamed Fatris Bakaram (Bekas Mufti Singapura) mufti

WELCOME TO muslimediabooks.com
Login
Product

Islamic Books in MALAY

Secubit Puasa Secukup Rasa; Tulisan Ustaz Mohamed Fatris Bakaram (Bekas Mufti Singapura)

  • $12.00

Description

Ramadan menjelang lagi. Di sebalik suasana muram Ramadan tahun ini kerana masjid-masjid ditutup dan kita pula perlu berada di rumah bersama keluarga, hadir buku yang sangat sederhana ini menjadi teman kita dalam melaksanakan ibadah puasa.

Bertajuk “Secubit Puasa Secukup Rasa”, buku ini bukan sebuah buku resipi mahupun buku masakan. Sebaliknya, buku setebal 116 mukasurat ini ditulis oleh Ustaz Mohamed Fatris Bakaram sebagai panduan ringkas di dalam isu-isu yang biasa dikaitkan dengan Ramadan. Di antara tajuk-tajuk menarik di dalam buku ini ialah Sendat, Niat, Hadas Besar, Suntikan, Semput, Antara Fidyah dan Kaffarah, Ambil Darah, Lagu Perut dan banyak lagi.

Kandungan buku yang berkonsep bacaan ringan dan santai ini dibentangkan di dalam bentuk dialog-dialog ringkas, menggunakan bahasa yang mudah difahami. Pendekatan ini juga menjadikan buku ini mesra remaja yang sesuai dibaca oleh seisi keluarga, yang tua mahupun yang muda, inshaAllah.

Menjaga penjarakan sosial adalah keutamaan seluruh masyarakat kita dalam tempoh-tempoh circuit breaker sekarang ini. Mengelakkan diri daripada keluar rumah dan daripada bertemu orang-orang selain anggota keluarga serumah tanpa keperluan asas adalah amat penting dalam usaha kita bersama mengawal penularan COVID-19. Atas semangat itu, Ustaz Fatris telah meminta agar penjualan buku ini dijalankan melalui dalam talian sahaja. Kami sedang membincangkan perinciannya dengan pihak yang bersetuju menyediakan khidmat berkenaan. InshaAllah, maklumat selanjutnya akan dimaklumkan kepada semua sejurus segala perbincangan dapat diselesaikan. Doakan.

Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Semoga Allah menerima amal ibadat kita, dan semoga buku ini ada manfaatnya.

Qty
Share

Write a review

Please login or register to review