KEMBARA MENUJU ALLAH : USTAZAH ASMA HARUN

WELCOME TO muslimediabooks.com
Login
Product

Islamic Books in MALAY

SET KEMBARA MENUJU ALLAH : USTAZAH ASMA HARUN (4 titles)

  • $16.20

Description

SOFTCOVER

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Buku ini bermula dengan monolog kerinduan seorang hamba kepada Allah. Ini satu sifat yang wajib kita ada. Tetapi, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Kita perlu melatih diri kita supaya sentiasa rindu kepada Allah.

Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

“YA, ALLAH. AKU RINDU KEPADA-MU.” 

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

“YA ALLAH. JANGAN BIARKAN AKU SENDIRI.”

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

“Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur.” – Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."

Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah. "Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

 

TITLES
Qty
Share

Write a review

Please login or register to review