BIDAYATUL HIDAYAH: PANDUAN AMALAN HARIAN
SOFTCOVER
KARANGAN AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI (Meninggal pada tahun 505 hijrah)
DITERJEMAHKAN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam)
Kitab “Billayatul Hillayah” adalah di antara kitab karangan Imam Hujjatul Islam Al Ghaz.ali Rahimahullahu Taala yang banyak diberi berkat oleh Allah Taala. Dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya.
Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragui lagi. Apabila kita pelajari kitab ini dengan teliti, kita akan dapat merasakan bahawa Imam Ghazali Rahimahullahu Taala telah bercakap kepada muridnya atau kepada sesiapa sahaja yang mempelajari kitabnya dengan hati yang penuh kasih sayang dan belas kasihan. Beliau bercakap dari hati ke hati, dari hati nurani seorang murabbi (pendidik) yang alim dan banyak berpengalaman di bidang pembentukan rohani dan penyucian jiwa sehingga tenampak di celah-celah ungkapan yang beliau ucapkan, hakikat dunia yang fana ini dan hakikat akhirat yang merupakan tempat kembali kita yang kekal abadi.
Di dalam kitab ini Imam Ghazali Rahimahullahu Taala menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan setiap hari dan adab-adab untuk melaksanakan amal ibadat, supaya ibadat tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu pula Imam Ghazali Rahimahullahu Taala menunjukkan kepada kita
Bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat mening- galkan segala dosa dan maksiat sama ada zahir ataupun batin. Setelah itu beliau menyebut adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah sebagai penciptanya dan dengan semua lapisan makhluk yang ada di permukaan bumi ini. Oleh itu, kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk di- jadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seorang Muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam syurga dan mendapatkan keredhaan Allah Taala sebagai matlamat hidupnya.
Sebenarnya kitab “Bidayatul Hidayah” ini telah pun diter- jemahkan ke bahasa Melayu oleh Al ‘Alimul ‘Allamah As Syeikh Abdul Samad Al Falimbani Rahimahullahu Taala (meninggal dunia sekitar tahun 1203 Hijrah) dan beliau na- makan terjemahan tersebut dengan “Hidayatus Salikin Fi Sulukt Maslaktl Muttaqin” iaitu kitab yang tersangat masyhur di Asia Tenggara ini dan sangat banyak berkatnya. Ia mem- punyai gaya bahasa yang tinggi dan huraian yang lengkap serta tambahan yang sangat besar faedahnya. Dan tujuan kita menterjemahkan semula kitab ini hanyalah untuk menampilkan satu terjemahan baru yang lebih ringkas dan lebih sesuai bagi meraikan kemampuan generasi yang ada sekarang ini. Mudah-mudahan terjemahan ini diterima di sisi Allah Taala dan diberikan keberkatan. Dan adalah diharapkan semoga ter- jemahan ini dapat menyinari jalan bagi sesiapa yang berusaha untuk mencapai kebahagiaan yang abadi di negeri akhirat kelak.